Malaysia B-16 layak ke Piala Asia B-17

Skuad bawah 16 tahun negara (B-16) layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 selepas membenam Indonesia dengan bergaya sebanyak 5-1 pada aksi di Stadium Pakansari, Cibinong, Bogor, Indonesia, malam tadi.

Dominasi penuh ditunjukkan anak buah Osmera Omaro itu selepas tanpa belas kasihan mudah mendahului lima gol tanpa balas hanya pada babak pertama.

Kemenangan itu membolehkanskuad ‘Harimau Muda’ mengungguli Kumpulan B dengan 10 mata dan menuju ke pentas Asia tanpa sebarang kekalahan pada kempen kelayakan kali ini.

Tuan rumah tersentak apabila Malaysia yang sebelum itu tertekan dengan gerakan Indonesia mendahului menerusi serangan balas pantas disudahkan Zainurhakimi Zain pada minit ke-16.

Pemain Malaysia menyanyikan lagu ‘Negaraku’ .

Keadaan bertambah parah buat Indonesia apabila Anjasmirza menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-22 sebelum gawang Indonesia dirobek buat kali keempat menerusi Afiq Danish Zulkifli (m26).

Gawang Indonesia sekali lagi bocor pada minit ke-38 selepas Malaysia dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Arami untuk gol kelima skuad negara.

Bersambung babak kedua, hanya palang gol memisahkan Malaysia daripada beroleh gol keenam apabila percubaan Afiq Danish ‘mencium’ palang pada minit ke-54.

Indonesia memastikan mereka tidak menamatkan perlawanan tanpa sebarang gol selepas berjaya mendapatkan gol saguhati menerusi Arkhan Putra di hujung permainan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Shopping Cart